Empfehlungen basierend auf "Hidden Potential"

Based on your reading history, we think you will also enjoy the following books.

von Omar Suleiman

Imagine having to stand in front of Allah (s.w.t.) and watch the sin being committed in front of you then having to explain it.Allah (s.w.t.) mentions in surah Ali Imran, verse 135, "And those who, when they commit immorality or wrong themselves [by transgression], remember Allah and seek forgiveness for their sins..." Keep the door of repentance open between you and Allah because He always ready to forgive you.

von Suraya Zainudin

Kita semua pernah berasa risau apabila memikirkan perihal duit — risau andai kita dapat bertahan hingga hujung bulan; risau andai simpanan kita cukup; risau memikirkan cara untuk menambah pendapatan.  Lambakan nasihat daripada guru kewangan yang mempunyai pelbagai 'mazhab' cara fikir pula semakin mengelirukan. Yang mana satu perlu didahulukan? Melabur, menabung, atau mencari kerja yang bergaji lebih besar? Bergaji & Pokai tampil untuk merungkai segala kerisauan tersebut, di samping menunjukkan langkah awal pengurusan kewangan yang mudah melalui dua bahagian:  • Cara untuk menilai kesihatan duit serta cara menguruskan kewangan. • Mengubah perspektif terhadap erti menjadi kaya dan membentuk cara fikir yang realistik berkaitan peranan duit dalam hidup. --- “Buku ini untuk orang yang penat menjadi pokai. Penat pokai itu bukan sekadar penat pada fizikal, malah pada mental." 

von Aiman Azlan, Dr Harlina Halizah Siraj

Ramai orang mengimpikan perkahwinan yang bahagia dan sempurna - setia sehingga hujung nyawa.  Apabila sudah berkahwin, barulah tersedar bahawa perjalanan mencapai bahagia itu tidaklah seindah dan semudah yang dibayangkan. Hatta untuk mencapai kata sepakat bersama pasangan daripada sebesar-besar perkara sehingga sekecil-kecilnya pun sukar, sampai kita mula mempersoalkan keserasian hidup sebagai pasangan suami isteri.  Apakah sebenarnya yang terjadi?  Adakah kami tidak sekufu lagi?  Kita sangka memilih pasangan yang sekufu ialah kunci utama untuk bahagia dalam perkahwinan. Hakikatnya, sekufu dengan pasangan bukanlah bermaksud tiada langsung perbezaan. Apa yang perlu ditekankan ialah kebersamaan.  Bersama-sama memberikan komitmen untuk saling memahami. Bersama-sama membina keserasian untuk menjayakan hubungan rumah tangga.  Melalui buku ini, Aiman Azlan & Dr Harlina menghuraikan punca permasalahan yang sering terjadi dalam rumah tangga berserta solusi praktikal yang boleh diaplikasikan oleh pasangan suami isteri dalam usaha membina keserasian dalam perhubungan. 

von Hassan Ahmad

Malay language, culture, politics, and philosophy towards globalization in Malaysia; collected articles.

von Ramlee Awang Murshid

 DEK kerana fitnah dan dihukum bapa sendiri, Saifudin menjadi perantau di bumi Serambi Mekah - Aceh. Banyak ranjau yang terpaksa dilalui sebelum bermukim di situ. Saifudin diangkat menjadi anak asuhan kepada Wali Sufi. Memilih mendalami agama Islam tetapi pada masa yang sama berminat dalam seni persilatan. Di sinilah perawakan Saifudin terbentuk. Dari anak manja di Punggor berubah menjadi pemuda yang pendiam. Ajaran agama Islam banyak membentuk caranya bertingkah laku. Sentiasa mengiringi Wali Sufi ke mana-mana dalam menyelesaikan urusan. Meniti usia remaja, Saifudin terjebak cinta tiga segi. Engku Aminah dari kerajaan Pagar Ruyong tertarik dengan akhlak terpuji lelaki itu. Kemunculan Ratna Sang Ratu Sulaman menjadi penghalangnya kerana ada sekelumit rasa cemburu membajai jiwanya.

von Nadia Khan

Novel kedua oleh penulis novel bestseller KELABU. "Musketeer Code - no all for one, just one for all." Gibbs, Ray, KJ dan Troll - sekumpulan pelajar lelaki paling popular dan paling akrab di sebuah sekolah asrama elit. Mereka berempat mencipta Musketeer Code - peraturan yang tidak membenarkan sesiapa antara mereka mempunyai steady girlfriend, tetapi sebarang skandal amat dialu-alukan untuk dikongsi oleh semua. Sehinggalah peraturan itu dilanggar ... dan seorang awek psiko mencetuskan tragedi yang bakal menghantui hidup mereka semua. Kemudian.

von Imran Yusuf

 Penyiasat genius eksentrik yang ikonik, Sherlock Holmes dan sahabatnya, Dr. John H. Watson mula diperkenalkan dalam majalah Beeton's Christmas Annual pada tahun 1887. Dan hingga kini, tiada siapa yang dapat menyangkal bahawa Sherlock Holmes adalah watak fiksyen paling terkenal dan telah muncul dalam pelbagai bahasa dan medium. Buku ini mengandungi dua novel terawal, A Study in Scarlet, tentang misteri pembunuhan yang memeningkan dan tulisan Rache berdarah pada dinding, dan The Sign of Four, memperkenalkan watak Mary Morstan, wanita muda yang meminta bantuan Holmes dan Dr. Watson merungkai misteri mutiara yang diterimanya setiap tahun, beberapa tahun selepas kematian ayahnya.

von Sir Arthur Conan Doyle

Sebuah lagi karya Sir Arthur Conan Doyle yang mengisahkah siasatan satu pembunuhan di Kota London. Sherlock Holmes, detektif perunding yang dibantu oleh rakannya Dr. John Watson membongkar pembunuhan di Pondicherry Logde serta kehilangan harta karun yang berasal dari Agra, India. Apa kaitan pembunuhan dengan kehilangan harta karun dan penceroboh yang berkaki kayu dan orang gasar dari Kepulauan Andaman? Kisah kesetiaan kawan kepada perjanjian dan tamak haloba terhadap harta kekayaan yang bermula semasa peristiwa Pemberontakan di India dan berakhir dengan adegan kejar-mengejar bot laju di Sungai Thames, London.

von Imran Yusuf

Sherlock Holmes, detektif yang penuh kejutan. Kebijaksanaannya sering mengundang kejutan tanpa disangka. Buku ini mendedahkan 5 siri cerita pendek Sherlock Holmes yang hebat itu: - Kisah Si Penunggang Basikal - Kisah Pesakit Tetap - Kisah Tiga Orang Pelajar - Kisah Si Bongkok - Misteri Lembah Boscome

von Ainul Farihah

"Kau okey?"Ringkas.Tetapi paling susah nak jawab.Walau yang tanya itu sahabat yang paling rapat.Walau yang tanya itu ahli keluarga sekalipun.Susah tatkala sebenarnya kita mahu menjawab, "tak", tetapi hati sendiri tak pasti apa yang akan jadi lepas tu.Takut hilang kawan.Takut kena marah."Kau okey tak ni?"Dia hanya senyum segaris. Macam biasa.Yang Paling Patah antara Kita merupakan novel terkini Ainulfarihah yang sudah menulis sejak 13 tahun lalu. Novel ini merupakan novel pertama beliau bersama JIWA.